Berikut adalah STEP MENGGUNAKAN mana2 medical card dan Takaful MyCeupacs Care ini juga..
1. Perlu dapatkan rawatan di klinik pesakit luar... Jika Doc diklinik cadangkan perlu rawatan lanjut hospital...
2. Doc diklinik akan keluarkan surat 'refer letter' untuk kita bawa ke hospital. Bagitahu Doc tu, hospital mana kita nak pergi
3. Selepas pemeriksaan, Doc dihospital perlu pastikan sama ada kita perlu untuk warded atau tidak
4. Jika perlu warded (atas saranan Doc), kita beritahu nak guna medical card MyCeupacs Care..
5. Pihak hospital akan hubungi MyCeupacs Care dan mohon Surat Jaminan (GL) bahawa pihak insurans akan tanggung/byr kos perubatan tersebut direct pada pihak hospital
pada step ini, kita digalakkan utk hubungi juga MyCeupacs Care utk menyemak sama ada pihak hospital telah apply GL atau tak utk kita
6. Jika GL tersebut lulus, barulah puan setuju untuk warded. Bayaran untuk pesakit luar masa pergi klinik sebelum tu juga boleh puan Claim/tuntut kemudian..
Apa yang perlu kita fahami - Kebiasaannya Pihak Hospital Swasta tiada masalah untuk sarankan kita masuk ward dan berikan rawatan… walaupun dlm keadaan kita perlu warded atau tak perlu warded (cukup berehat dirumah), Kerana mereka tidak berikan rawatan secara percuma. Pendapatan/operasi mereka bergantung 100% daripada kos rawatan kita di hospital tersebut. Base On Business
Jadi Pihak Takaful/insurans yg akan menilai sama ada kita di cover/memerlukan warded atau tidak, itu pun setelah mendapat penerangan/laporan dari Doktor di hospital tersebut
Tahukah kita… bahawa staff di Hq MyCeupacs Care yang menilai dan meluluskan GL para peserta adalah juga merupakan seorang DOKTOR
No comments:
Post a Comment